Sunday, April 29, 2007

Suatu perkenalan yang bermakna..

"Brother, you know who knocked my door last night? It was a police officer ", terang bro Umar ketika dalam perjalanan kami ke Unversiti Prayer room untuk solat Subuh. Apalah lagi angkara yang dilakukan oleh perempuan itu, bentak hati saya sendirian. Beliau menjelaskan bahawa Yang telah membuat satu lagi aduan polis, setelah usahanya kelmarin gagal. Kali ini, dakwaan yang dikemukakan ialah kerana bro Umar lewat membayar sewa rumah. Apabila ditanya oleh pegawai itu, beliau menyatakan bahawa pembayaran telah pun dibuat secara online. Tiada isu yang perlu dibangkitkan pun sebenarnya. Cuma, beliau sangat kesal dengan sikap perempauan itu yang terlalu kasar padanya. Itu sahaja. Pegawai itu sebaliknya akan menasihati Yang supaya berkelakuan sopan di masa hadapan.

Saya yakin bahawa bro Umar adalah seorang yang amanah. Lihat sahaja perisian-perisian yang terdapat di dalam komputer peribadinya; semuanya genuine, lengkap dengan CD dan nombor siri. Meskipun salinan percuma program-program seperti Windows OS, Mathlab, Mathcad, Antivirus dan sebagainya mudah didapati dewasa ini, namun beliau sanggup menghabiskan beratus-ratus dolar semata-mata untuk mendapatkan yang original. Di situ sahaja sudah tergambar 'the level of trustworthy' yang ada pada dirinya.

Sehingga pagi tadi, beliau masih lagi mencari rumah atau flat untuk berpindah. Saya cuba membantunya semampu yang mungkin, sebagai memenuhi tanggungjawab seorang Muslim. Masih segar di benak saya akan sebuah kisah di zaman Khilafah Islamiah yang menceritakan betapa hak seseorang Muslim itu dijaga sepenuhnya oleh Muslim yang lain. Pernah suatu ketika seorang perempuan Muslim pergi mendapatkan khidmat seorang tukang besi berbangsa Yahudi. Tukan besi itu dengan sengaja telah menyangkutkan hujung jubah Muslimah itu ke atas sebatang besi. Apabila Muslimah itu bergerak, maka terkoyaklah bahagian jubah itu lalu ternampaklah auratnya. Tukang besi dan orang-orang yang berada di sekeliling tertawa melihatkan Muslimah yang menangis kerana malu itu. Seorang lelaki Muslim, yang kebetulan lalu di situ lantas meluru ke arah tukang besi itu dan menumbuknya sehingga mati. Lalu beberapa pemuda Yahudi yang berada di sekitarnya telah membunuh lelaki tersebut. Sebaik sahaja Khalifah mengetahui akan hal ini, beliau mengisytiharkan perang ke atas golongan Yahudi tersebut.

Apa yang ingin saya fokuskan di sini bukanlah adegan tumbuk-menumbuk atau berperang-perangan, tetapi SIKAP lelaki Muslim yang begitu komited dalam mempertahankan maruah seorang Muslimah. Itulah SIKAP yang sepatutnya setiap Muslim lain contohi, bukan sekadar duduk bergoyang kaki, membiarkan segalanya terjadi, dan merelakan waktu merawat lukanya sendiri.

Saya melihat bro Umar sebagai seorang yang optimistik dan berwawasan. Menyedari populasi bangsa Cina di bumi Kiwi yang semakin bertambah, dan kesannya yang begitu significant, makan beliau sedang berusaha menyempurnakan kursus mempelajari bahasa Cina di Universiti, agar dapat memudahkan dakwahnya kepada mereka. "I take this course for the sake of Allah and da'wah to the Chinese", ujarnya ketika membuat keputusan untuk membayar $2000 NZD bagi mengikuti kursus itu. Bagi saya, itu bukanlah satu keputusan yang mudah. Bukan sedikit pengorbanan yang ditagih dan perlu dicurahkan. Beliau juga pernah menyatakan hasratnya untuk ke China setelah menamatkan PHD dalam bidang Chemistry dalam tempoh 3 tahun lagi. Subhanallah. Semoga Allah merahmati pergorbanannya dalam berjuang menyebarkan Islam.

Setiap minggu, beliau akan dijemput ke gereja-gereja yang pelbagai unutk berdiskusi tentang Islam dan Kristian. Beliau selalu berkongsi ceritanya dengan saya ketika menjemput saya untuk bersarapan di rumahnya usai Solat Subuh berjamaah. Memang menarik. Dalam diam, saya juga mengambil pelajaran daripada apa yang diceritakan. Sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan bekalan di kala memerlukan.

Banyak sungguh yang telah saya pelajari sepanjang 'mengenalinya'. Mungkin inilah caranya Allah mahu mengajar hambanya tentang erti kehidupan, iaitu dengan menghadirkan seseorang yang bisa menambahkan 'value' ke dalam diri dan setiap kerja buat yang dilakukan. Semoga persahabatan ini akan terus lestari selamanya, dengan izin Allah. In-shaa-Allah.

4 comments:

Anonymous said...

tak try cari rumah kat trade me property ke? ade byk gak iklan flatmate wanted

h@rne2 said...

hm setakat petang tadi, alhamdulillah dia dh dapat rumah baru, 36 Wharenui rd. Maybe akan pindah khamis mlm jumaat. Sesiapa yg ade kelapangan, boleh la tlg angkat brg2...

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah menguji hamba2-Nya sesuai dgn tahap iman dan kemampuan mereka..org yg beriman makin hebat dugaan Allah pd mereka. semoga hidup brother umar lebih tenteram kt umah baru nnt..dan dijauhkn dr segala fitnah dunia..inshaAllah.

[ 16:110 ]

h@rne2 said...

"Ujian adalah TARBIYAH dari Allah..
Apakah kita kan sabar..atau pun.. sebaliknya
Kesenangan yang datang..selepas kesusahan..
Semuanya adalah, nikmat dari Tuhan.."