Saturday, April 14, 2007

The Neglected Sunnah - part 1-

Brothers' Camp 2007, Balclutha, Dunedin



Kala ini, saya masih lagi teringat akan kenangan suka duka ketika menghadiri Brothers' Camp anjuran Muslim Student Association (MUSA) Otago di Balclutha, Selatan Dunedin pada hujung minggu lalu. Pada awalnya, kami menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan, kerana saya tidak menyangka bilangan kami, peserta dari Christchurch mencecah 35 orang (melebihi bilangan peserta dari Otago University). Tambahan pula, kami tidak mendapat sebarang bantuan kewangan untuk ke kem ini. Maka saya terpaksa menggunakan senjata rahsia, iaitulah kredit kad untuk menyewa dua buah 10-seater-minibus dan sebuah kereta sewa, sehari sebelum kami bertolak ke kem itu.


Perjalanan kami keesokan harinya bukan juga semudah yang disangka. Setelah kira-kira dua jam di lebuh raya, salah sebuah kereta milik rakan saya overheated. Kami tiada pilihan lain selain meninggalkan kereta itu di stesen minyak BP di Ashburton. Segala langkah keselamatan telah kami ambil, termasuklah mencabut bateri kereta itu dan membawa bateri itu sahaja ke kem. Disebabkan itu, kami telah sedikit tersasar daripada target masa yang ditetapkan.


Kami berhenti berehat setelah memandu selama 5 jam


Sesampainya kami di Dunedin, kami mengambil keputusan untuk berhenti solat di masjid yang terletak di tengah-tengah bandar Dunedin. Sejurus selepas itu, brother Abdul Rahim mengarahkan kami supaya mengikut sekumpulan brothers Arab, terus ke kem itu, kerana mereka mendakwa bahawa mereka tahu lokasi sebenar kem tersebut. Maka tanpa ragu-ragu, kami mengikuti mereka. Namun setelah melepasi bandar Balclutha, mereka masuk ke suatu simpang menghala ke kawasan pedalaman. Kami sememangnya tidak tahu langsung akan tempat yang baru seperti itu. Namun, setelah kira-kira 20 km perjalanan menyusuri kawasan ladang ternakan itu, mereka berhenti di bahu jalan, sambil mengeluarkan peta. Ternyata, mereka telah SESAT!!!..

Saya hampir hilang sabar, kerana ketika itu kami telah memandu selama lebih kurang 8 jam, dan mereka kelihatan begitu bersahaja apabila keluar dari kereta untuk menyemak peta. Mujurlah ade seorang brother, yang kemudiannya kami gelar sebagai 'abang kuaci' keluar dari kereta itu untuk memberikan kami kuaci sebagai penawar untuk membuat kami tenang.

Menyedari yang kami telah sesat, maka kami pun berpatah balik sehingga ke simpang masuk, dan kami mendapati simpang yang sebenarnya adalah simpang pertama yang berikutnya. Sabar, kata hati saya walaupun telinga saya sudah kemerah-merahan..

Jalan masuk ke kawasan kem itu pula berbatu-batu, yang mana amatlah tidak sihat untuk tayar kereta saya. Namun, terpaksa diredah juga demi untuk sampai ke kem itu. Setelah kira-kira 4 km melalui jalan penuh liku itu, dengan izin Allah kami sampai juga pada jam 5 petang. (sepatutnya kami tiba pada jam 12 tengahari..). Alhamdulillah, kami disambut dengan penuh mesra. Saya cuba untuk menyembunyikan perasaan, setelah beberapa kali dinasihatkan oleh Brother Umar, yang juga merangkap co-driver yang banyak menceritakan kisah sirah di sepanjang perjalanan kami. Senyuman saya kelat. Tetapi, saya cuba sedaya upaya untuk meng'ignore' segala perasaan tidak puas hati. Saya benar-benar ingin mengambil manfaat daripada kem ini...

2 comments:

munirmuji said...

salam bro.. must be some blessing disguise beyond those obstacles. (94:5-6)

h@rne2 said...

Yup...I agree..every good and bad things happened is actually blessings from Allah...