Friday, May 11, 2007

Selamat Pengantin baru...Semoga berkekalan..


Ini gambar hantaran hiasan, bukan milik bro Umar

Entry ini saya tujukan khas buat bro Umar yang melangsungkan perkahwinannya jam 7 pagi ini waktu NZ. Walaupun ia dilangsungkan secara jarak jauh, namun ikatan hati itu tidak akan mampu dipisahkan oleh jarak yang beribu batu jauhnya. Saya tumpang gembira, malah sedikit teruja pula. Sesekali teringat, ibu pernah berkata, "Kalau nak makan nasi minyak, jangan ade fail, balik cepat". Satu dorongan yang begitu bernas, saya kira. Pembakar semangat yang tidak pernah luntur..=)

Doa saya, semoga bro Umar dan isterinya, Nouha akan bertemu ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan yang mendatang...


Permata Untuk Isteri

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku




5 comments:

NuR^QaLBi said...

Alhamdulillah..besnye dgr..sedikit teruja..tp sikit je..ehek..=P
sy doakan bro umar dpt membina mahligai bahagia bersama suri hatinya dalam melayari bahtera rumahtangga.."dua jasad sejiwa"..

" Dan diantara tanda2 (kebesaranNya) ialah Dia menciptakan pasangan2 untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa TENTERAM kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa KASIH dan SAYANG. Sungguh, pada yang demikian itu benar2 terdapat tanda2 (kebesaran ALLAH) bagi kaum yg berfikir"
- Ar-Rum : 21-

h@rne2 said...

Ini merupakan perkahwinan keduanya, dan diatur oleh keluarga beliau. Pagi ini 'picnic' kami akan bersama-sama meraikan perkahwinannya In-shaa-Allah..

Anonymous said...

kalau makan nasik minyak, jgn lupa invite tau.. inshaaAllah akn cuba dtg.. keke..


P/s: sori mengacau kat ruangan ni. :p

Anonymous said...

jangan lupe jemput saye jgk..inshaAllah klu xde halangan blh datang..=)

aneem, lame x contact..sehat?

p/s: sori tmpg lalu skjp..=)

h@rne2 said...

hm jangan risau...akan saya jemput satu malaya...inshaa Allah..huhu..tp x tahu la bile masanya akan tiba...huhu