Khutbah Jumaat lalu memperkatakan dengan kemas dan tegasnya akan kepentingan solat berjemaah di tempat azan diazankan. Turut diselitkan sebagai latar utama, adalah cerita seorang buta bertemu Rasulullah untuk belajar tentang Islam. Kisah ini menjadi asbab turunnya surah 'Abasa.
Ketika itu Nabi sedang cuba meyakinkan para pemuka Quraisy supaya beriman kepada Allah. Maka baginda berpaling daripada si buta itu. Perbuatan baginda ini ditegur oleh Allah dalam surah yang mengandungi 42 ayat ini. Hal ini sekali gus menolak dakwaan bahawa Al-Quran ini merupakan ciptaan Muhammad. Masakan seseorang akan menegur kesalahan dirinya di dalam karyanya sendiri? Sudah tentulah yang menegur itu mempunyai authority yang lebih besar daripada yang ditegur. Sifirnya mudah.
Allah menerangkan bahawa keikhlasan si buta itu untuk mempelajari Islam lebih utama daripada memujuk pemuka-pemuka Quraisy itu memeluk Islam. Dalam kisah ini juga dinyatakan betapa istiqamahnya si buta ini dalam menunaikan solat fardu berjemaah di masjid. Sehinggakan di dalam peperangan Qadisiyah di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, si buta ini telah meminta untuk memegang panji Islam yang menjadi lambang kemenangan atau kekalahan umat Islam di medan perang. Ketika peperangan masuk hari ketiga, tentera Rom mengenakan tekanan yang begitu kuat kepada barisan pejuang Islam. Beliau lalu meminta untuk digalikan lubang supaya dapat tegak berpijak di dalam lubang itu sambil sebelah tangan memgang panji dan sebelah lagi menghunus pedang. "Aku tidak dapat melihat musuh yang mendatang. Maka aku tidak takut, sedang kamu berupaya melihat bilangan mereka yang ramai." Begitulah cekalnya hati seorang buta, hasil didikan disiplin solat berjamaah. Pada hari keempat, beliau ditempatkan di barisan hadapan sekali untuk memertahankan panji Islam. Maka dengan keberkatan dan izin Allah, umat Islam telah mencapai kemenangan dan si buta itu mendapat syahid. Subhanallah...
Di zaman nabi, masjid merupakan institusi terpenting dalam struktur keseimbangan hubungan dengan Allah dan juga manusia. Ia tidak dijumuDkan hanya untuk ibadah asas seperti solat dan zakat, tetapi peranannya jauh lebih besar daripada itu. Masjidlah tempat harta rampasan perang diagih-agihkan. Masjid juga menjadi tempat pentadbiran, di mana Rasulullah mengirimkan perutusan kepada raja-raja di sekitar Semenanjung Hijjaz. Bahkan, Rasulullah membina masjid-masjid kecil di kawasan kampung berdekatan Masjid Nabawi sehingga seolah-olah membentuk satu bulatan yang mengelilingi masjid yang utama itu. Bukan itu sahaja, bahkan Nabi juga pergi sendiri ke masjid-masjid berkenaan pada waktu-waktu berlainan untuk mengajarkan mereka tentang Islam. Maha Suci Allah, begitu besar peranan dan pengorbanan baginda dalam meninggikan martabat dan fungsi masjid di kalangan umat Islam.
Namun, hari ini, saya hairan. Masjid hanya dipenuhi ketika solat Jumaat, Solat Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Kadang-kadang mungkin malam Jumaat. Seakan-akan Islam itu bermusim praktikalitinya. Hanya diamalkan pada waktu dan ketika yang memberikan kegembiraan dan keuntungan. Selain daripada waktu-waktu itu, di manakah umat Islam berada menghabiskan masa mereka? Kita sedia maklum bahwa Nabi seorang yang lemah lembut dan penyantun dalam percakapan, tetapi apabila berbicara tentang solat, baginda memberi amaran kepada sesiapa yang tidak bersolat berjamaah di masjid, agar dibakar sahaja rumahnya! Saya kira dalam konteks hari ni, jika situasi ini benar-benar dilaksanakan, nescaya rentunglah singgahsana-singgahsana yang tersergam indah, terutama di kawasan perumahan elit di bandar-bandar. Hadith ini sebenarnya menggambarkan betapa pentingnya solat berjamaah di masjid. Saya kira, akal yang sihat pastilah dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tindakan baginda itu. Tidak perlulah dihuraikan dengan panjang lebar.
Semoga video di bawah ini dapat memberi sedikit iktibar kepada kita akan pentingnya menyahut panggilan-Nya. Bumi ini milik-Nya. Setiap masa ia bertasbih memuji keagungan-Nya.. Namun, sedarkah kita? Di manakah kita? Apakah yang sedang kita utamakan ketika itu?..Fikirlah...Sebenarnya, peringatan ini terlebih layak untuk ditujukan kepada diri saya sendiri. Wallahu a'lam.

2 comments:
Lagi satu pengajaran dari ayat-ayat permulaan surah 'Abasa tu : Pemimpin yang baik seharusnya menyebabkan yang lemah & miskin rasa terbela, bukan disisihkan.
hm btul tu...tp in that case, pemimpin2 tu belum lagi beriman..seharusnya pemimpin yang beriman wajiblah membela mereka yang lemah dan memerlukan...
Post a Comment