Ramai orang yang boleh berkata mereka punya prinsip tertentu. Ada juga yang menghampiri kesempurnaan apabila berbicara tentangnya. Persoalannya sekarang, apabila kita menterjemahkannya ke dalam realiti kehidupan seharian, kita akan mendapati banyak pertembungan antara prinsip dan juga kehendak diri. Terutama dalam soal cinta, ia merupakan suatu ujian besar buat mereka yang lemas dalam lautannya. Dan dalam kebanyakan ketika, manusia sering tewas kepada kehendak diri, atau boleh juga dipanggil nafsu.
Justeru, salahkah bercinta? Jawapannya tentulah TIDAK SALAH. Cinta ibarat pisau, boleh digunakan untuk memotong bahan-bahan masakan untuk menjadi hidangan yang enak, atau juga boleh digunakan untuk membunuh jiwa yang tidak berdosa. Oleh itu, bukan cinta yang salah, tetapi orang yang mengemudinya bertanggungjawab memandu hala tuju cinta itu. Ke mana cinta itu mahu dibawa? Mampukah sang nakhoda memastikan bahtera cintanya berlayar di lautan keredhaan Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tanpa terjatuh ke jurang maksiat dan kehinaan?
Persoalan seperti ini harus tegar bermain di minda mereka yang akan, sedang, dan telah pun memasuki gerbang cinta yang indah membutakan itu. Benar, cinta memang buta dan membutakan pula sesiapa yang terkena panahannya. Segalanya nampak indah. Namun malangnya, syariat pula tampak kabur dek keindahan kasih yang bersemi. Ini cinta yang salah. Andai kita punya azam untuk hidup bersama dengan yang dicintai selama umur akan dikandung badan, maka yang lebih perlu diutamakan adalah syariat yang telah diatur oleh Tuhan, bagi memastikan hidup kita sentiasa dalam lingkungan rahmat dan keredhaan.
Ungkapan cinta itu bukanlah hanya pada keindahan kasih yang mekar antara dua jiwa. Bahkan ia adalah suatu cetusan perasaan yang bisa memberi kekuatan untuk terus tenang dalam ketaatan. Dengan itu, ia tidak akan rapuh dengan campuran dosa dan maksiat, sebaliknya akan terus subur dengan siraman kasih sayang yang hakiki dari Tuhan. Dari pengertian ini, akan lahirlah sifat tanggungjawab untuk menjaga cita daripada tersasar ke lembah kehinaan.
Siapa kita akan menentukan bagaimana kita melihat cinta. Oleh itu, sedarlah diri, bahawa kita ini tidaklah sehebat mana, bahkan tidak lebih daripada bergelar seorang hamba yang hina. Beranikah kita menempatkan cinta manusia dalam hati lebih besar daripada cinta Tuhan yang hakiki? Tepuk dada, tanyalah iman dalam diri.
Love adalah cinta. Namun ia bukan sebarang cinta. Ia adalah azimat suci yang akan mewarnai kehidupan penghuninya dengan lakaran indah syariat yang bersumberkan Tuhan yang Maha Tahu akan apa yang terlindung di sebalik tabir hati hamba-hamba-Nya. Berpeganglah pada syariat, inshaaAllah cinta kita akan menjadi kuat. Andai kita belum bersedia, maka janganlah sesekali berani untuk mengetuk pintunya.
Pohon maaf andai ada tersalah bahasa. Semoga cinta yang terbina sentiasa terpelihara di bawah lembayung Keredhaan Yang Maha Esa...
6 comments:
Salamun 'alaikum.
Sungguh indah nukilan anda, lebih bermakna andai pembaca turut menelaah tentang cinta, mengajar apakah cinta itu sebenarnya. Ayat2 cinta mengajar cintakan manusia, jagalah kebajikan dunia akhiratnya. Novel IMAM mengajar cintakan perjuangan, menabur budi pada umat.
Wallahu 'alam
P/S: Mula "terjebak" ke dunia novel islami. Sangat menarik rupanya. Benarlah kata2 Muhammad Ahmad Ar-Rashid, tentang kepentingan seni sastera dalam tarbiyah =)
Shah2873
cinta itu boleh diterjemah dalam pelbagai 'bahasa'. Namun, apabila ia digarap dengan sentuhan seni yang indah, akan ternampaklah keindahan pancaran kasih sayang Allah yang melimpahi hidup hamba-Nya, atas nama CINTA.....
cinta atau kasih? apa bezanya?
hm berat persoalan tu kak nik...
nampak mcm sama, tapi x serupa..cinta ni kebanyakannya bersyarat...kecuali cinta ibu bapa pada anaknya...
tetapi kasih ni lebih kepada sebuah perasaan yang inginkan org yg dikasihi itu bahagia hidupnya..
salam..
bersetuju dgn awk, cinta tu fitrah..kita manusia yg perlu meletakkan cinta pada tptnya yg betul.
Kasih atau cinta?
Pun bersetuju dengan awk..Kasih tu mungkin tanpa mengharap apa2 pulangan..tapi cinta..perlukan sekurang2nya dua hati utk disatukan dan saling bergantungan...
Kita kasih pada mak ayah..seprti mrk kasih kan kita..tanpa mengharap balasan...
tapi kita cinta kan 'pasangan' kita krn kita mengharapkan dia mengasihi dan mencintai kita semula..dan seterusnya hidup bahagia bersama..
Wallahu'alam..
Cinta itu di gambarkan perkara paling indah bagi setiap manusia. Tetapi pada hakikatnya, ia amat melalaikan dan membuatkan sesorang itu boleh berubah tidak kire la dari segi luaran atau dalaman.Saya pernah dilamun cinta dan juga kehilangan cinta. Memang benar bagi saya ketika bercinta semua nya indah belaka. Yang buruk di pandang mulia, dan yang salah di pandang baik. Seboleh-boleh ingin menjadikan cinta itu sebuah kisah yg tidak ada cacat cela nya. Memang benar kata saudara yg cinta ini bisa membuta kan seseorang, kerna saya sendri pernah mengalamiya. Tetapi, ternyata saya tidak di hayut dengan belaian kasih sayang dan kata-kata manis. Bagi saya itu adalah lumrah bercinta..smua nyer manis.
Saya ingin tekan kepada sesapa yg membaca, bahawa pengertian cinta itu adalah besar bg seseorang individu. Yang penting, jangan letak 100% cinta anda pada org yg sayangi.Cukup la hanya sekadar 50% sebelum mempunyai ikatan yg sah.
Kerna sesungguhnya ia amat menyakitkan.Di Usia muda ini yg pernah kecundang dlm percintaan sebanyak 4 kali.Bg saya, semua yg dilalui ini bisa dijadi kan sebuah kisah klasik untuk masa depan.=)
Post a Comment