Saturday, June 21, 2008

Teguran ini kerana kasih di hati..

“Aduhai….” Keluh hati ini resah. Rasa gundah yang diselaputi kecewa yang teramat sangat, bagai menyelubungi segenap sudut hidup yang kian menyempit saban hari. Harapkan pagar, pagar makan padi.

Kebelakangan ini saya sering dihujani berita-berita yang seakan-akan membuatkan gugur jantung saya apabila mendengarnya. Apa sudah jadi dengan kalian semua? Adakah sampai ke luar Negara ini mejadi lesen untuk kalian berbuat sesuka hati tanpa berfikir bahawa ada Tuhan yang sentiasa melihat dan memerhati? Tidakkah kalian punya rasa takut di dalam hati walau secebis, akan azab dan siksa akibat murka Allah kepada semua maksiat yang dilakukan? Ke manakah semua ilmu agama yang ditimba, jika tidak di dalam usrah, ketika belajar di sekolah dan pusat persediaan terdahulu?

Masalah pergaulan atau lebih senang saya sebutkan sebagai bercouple ini semakin membimbangkan saya akhir-akhir ini. Banyak sekali cerita panas yang menyesakkan dada sehingga mahu sahaja saya ‘membasuh’ seorang demi seorang para pelakunya.

Berdua – duaan di dalam bilik untuk sekian tempoh waktu yang lama, berjalan ke sana ke mari berhari-hari lamanya hanya berdua, dan segala macam maksiat lagi yang tidak sanggup saya ungkapkan di sini, sudah menjadi seolah-olah suatu kebiasaan diterima, lantaran tiada siapa yang menegahnya.

Saya bukanlah seorang mufti, tidak pula berhajat untuk mengeluarkan sebarang fatwa mahu pun hukum. Tetapi ingatlah, bahawa segala perbuatan itu jelas haram hukumnya. Apabila seorang lelaki berdua-duaan di tempat sunyi dengan perempuan bukan mahramnya, pasti dan PASTI! syaitan adalah yang ketiga. Dan syaitan itu tidak menunggu untuk melihat latar belakang anda, sama ada anda pernah mendapat didikan agama atau tidak. Sama sahaja hasutannya.

Terkadang saya pelik akan trend masa kini. ‘Declare’ itu seolah-olah suatu tiket untuk menghalalkan yang haram di sisi agama. Tidak hairan, ramai yang berubah kerana hubungan ini. Kalau dahulu, masuk waktu solat berusah-payah mengharungi sejuk malam untuk ke surau, namun kini, bersusah payah pula untuk menemani perempuannya berjalan entah ke mana. Senang benar manusia ini berubah kerana cinta.

Kalau di tanah air, saya pasti kita tidak berani bertindak seperti ini. Tetapi di sini tiada 'ibu' atau 'abah' untuk memantau setiap pergerakan kita. Yang ada cuma rakan-rakan yang hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja kita dengan dunia kita sendiri. Tidak kasihan kah kita kepada ibu bapa yang membesarkan kita selama ini, andai mereka tahu siapa kita yang sebenarnya di sini? Mahukah kita di suatu masa melihat anak-anak kita memperlakukan kepada kita sebagai mana kita memperlakukannya kepada ibu bapa kita saat ini?

Saya faham perasaan fitrah antara lelaki dan wanita. Fitrah itu suci, tidak perlu dikotorkan oleh perbuatan yang sumbang. Ada yang merasakan bahawa di peringkat ini kita perlu menyelami hati masing-masing, mengenali hati budi, agar apabila ditakdirkan bernikah nanti, mudahlah untuk melayar bahtera. Saya tidak pasti dari mana teori ini diperolehi, tetapi ingatlah, yang menyatukan hati itu bukan kuasa kita. Itu hak mutlak ALLAH swt. Dia bisa membolak-balikkan hati dengan sekelip mata. Jika kita berani untuk membelakangkan Tuhan semata-mata untuk menyatukan hati kita dengan si dia, ketahuilah bahawa di sana kemurkaan Allah lebih besar untuk kita takuti.

Andai semua yang indah ingin dinikmati sekarang, andai semuanya ingin 'diberikan' sebelum benar-benar berada di dalam ikatan yang halal, saya khuatir tiada apa lagi yang tinggal selepas memasuki gerbang perkahwinan. Habis madu sepah dibuang. Saya juga khuatir apa yang hanya akan dilihat nanti hanyalah 'rupa' pasangan masing-masing yang sebenar. Kala itu mahu menyesal pun sudah terlambat.

Untuk para lelaki, ingatlah bahawa kita pastinya inginkan pasangan yang solehah. Justeru kita mestilah berusaha untuk menjadi soleh terlebih dahulu, lantaran Allah telah menetapkan dalam firman Nya bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Andai kita berani melanggar batas syariat dalam pergaulan sebelum berkahwin, tidak mustahil kita akan lebih berani daripada itu selepas berumahtangga nanti. Sanggupkah kita melihat saudara perempuan kita diperlakukan seperti itu oleh lelaki lain? Jika tidak sanggup, maka cubalah kita pelihara diri sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya wanita itu juga mempunyai saudara lelaki, dan keluarga yang tidak mahu dia diperlakukan sebegitu rupa. Biarlah kita berkorban menahan nafsu saat ini, agar masa depan yang dibina nanti bisa mengecap nikmat bahagia yang hakiki.

Untuk para wanita, sedarlah bahawa si lelaki itu akan mencari yang baik-baik sahaja untuk dijadikan calon isteri, meskipun hidupnya seharian penuh dengan perempuan yang berbagai-bagai ragamnya di sekeliling pinggang. Janganlah mudah rasa terpedaya dengan kata-kata lembut dan manis memujuk rayu. Allah menciptakan wanita dengan sepenuh keindahan, sesuai dengan gelarannya sebagai hiasan dunia. Keindahan itu selayaknya diperuntukkan buat seseorang yang bergelar suami yang sah. Bukan suami cubaan atau suami training. Namun, andai kurnia ini digunakan demi untuk memuaskan nafsu, wanita juga bisa menjadi fitnah paling utama buat insan bernama lelaki.

Ingatlah bahawa dalam hidup ini, tiada apa yang terlebih penting selain daripada mendapat keberkatan Allah dalam segenap pekerjaan yang kita lakukan. Dengan keberkatan itu hati akan terasa tenang dan damai. Nikmat ketenangan ini tidak mampu sama sekali dibeli oleh baki akaun yang beratusan ribu, mahu pun pangkat serta jawatan yang tinggi. Dan sifirnya mudah sahaja. Keberkatan ini akan diperoleh jika kita benar-benar ikhlas dalam taat kepada Allah. Taat di sini bererti melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Sedarlah bahawa gelaran kita di dunia ini tidak lebih daripada sekadar HAMBA. Apabila Allah memerintahkan supaya jangan mendekati (bukan sekadar melakukan) zina, ketahuilah bahawa larangan itu bukanlah untuk menyukarkan hidup kita, malah memberikan hikmah Ilahiyah yang terpancar di sebaliknya seribu kebaikan. Akal kita yang terhad mungkin tidak mampu menyelak tabir hikmah itu, namun percayalah, bahawa sesungguhnya ia adalah yang TERBAIK untuk kita. Dia yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia Maha Mengetahui segala-galanya.

Saya menulis ini sebagai suatu peringatan buat diri sendiri dan mereka yang tanpa rasa bersalah melakukan maksiat melanggar perintah Allah. Saya tiada kuasa seperti jabatan agama untuk membuat serbuan, apa yang termampu hanyalah melalui ucapan dan penulisan. Dan di sini saya ingin menyatakan bahawa saya membenci perbuatan-perbuatan sumbang ini dengan sepenuh kebencian, lantaran ianya adalah maksiat yang mengundang murka Allah. Sedarlah bahawa kita akan mati, segala amal perbuatan kita akan dihisab, yang baik mahu pun sebaliknya, tiada satu pun akan terlepas. Saya tidak pasti apakah saya mampu untuk menjawab soalan-soalan di hari pengadilan di hadapan Allah swt nanti. Moga amal ini diterimanya..Buat akhirnya, sedarlah wahai yang mempunyai mata, telinga, akal dan hati….

Pohon ampun dan maaf andai banyak hati yang terasa dan terluka. Bukan bermaksud menyalakan bara permusuhan, namun teguran ini lantaran rasa kasih dan sayang sesama saudara seIslam, yang mahukan kita semua hidup di dalam redhaNya Yang Maha Penyayang...


12 comments:

Anonymous said...

salam..

sheikh, ana rasa terpanggil nak berkongsi..

benci memang benci, tapi nak tak nak, mereka ni sahabat2 kita juga.. boleh dianggap saudara dan seperti adik beradik kita juga..

memang kita dah tegur tapi mereka tak berapa nak dengar, tapi sheikh, itu bukan tiket untuk kita putus asa dan terus rasa marah..

kita kena terus doa sheikh.. doa sungguh2.. kalau kita dalam keadaan tu, kita pun mengharap orang lain doakan kita.. bukan apa, cinta ni kalau salah gayanya, memang jerat dunia..

tapi kita sebagai abang adik kakak ibu ayah, kena terus doa.. mungkin Allah tak ubah dia dalam masa sehari sheikh, tapi mudah2an berkat doa kita tu, satu hari nanti dia sedar dan berubah..

takpa sheikh, teruskan benci maksiat,dan teruskan doa untuk sahabat2 kita.. jangan putus asa no sheikh.. =)

h@rne2 said...

terima kasih kepada yang memberi komen...ana tahu, nampak benar marahnya ana melalui entry ini..marah ini kerana kasih ana pada sahabat2..lantaran tidak mahu mereka berterusan sedemikian...

ana setuju dengan saranan supaya terus berdoa...inshaAllah ana berdoa moga-moga hati kita dilenturkan untuk menjadi hamba yang taat kepada Nya...

p/s: kadang kala apabila nasihat yang lembut sudah tidak berkesan, sesekali perlu juga 'dikejutkan' mereka ini...namun dalam hati tetap punya rasa kasih sebagai seorang sahabat...

Anonymous said...

salam napie...

sbnrnya rasa gembira jugak kat hati akhirnya napie kuarkan juga posting tentang gejala ini...

to be honest...saya juga rasa sedikit sbyk napie ada salah silapnya dalam bende nihh...lagi2 bila adanya forum yg napie kendali kan tak lama dulu..forum Ada Apa dengan Cinta... sebagai pemerhati..alhamdullilah saya dapat msg sbnrnya napie cube ketengahkan tapi...pada hakikat nya dgn gaya yg napie telah ucapkan ketika forum dulu sebenarnya seolah2 sekira nya di dengar sekali lalu +tanpa telitian yg benar (which majority student yg kat situ)...seolah2..napie berhujah memberikan green light kpd cinta ini...dan kpd org yg bercinta...dan cinta yg di tafsirkan oleh student yg dengar tu..cinta yg napie nampak sekarang lah~... sepatutnya..perlu ditafsirkan definisi cinta yg cube napie cakapkan...supaya tidak di salah faham...

masih igt lg napie kata...boleh bercinta tapi jaga hati etc....and in my opinion, mase tu mereka terlalu teruja dgn kata2 'boleh bercinta' dan hanya memandang enteng kata2 selepas tu....

walau bagaimanapon...insya allah...moga2 meseg post dapat diterima sume..maklomlah...perkara sebegini mmg kadang2 akan mendapat penentangan sesetengah pihak atau golongan..lagi2 golongan2 yg tgh bercinta...tapi itu lah hakikat..

doa..doa ...doa..insya allah...

"tiada kuasa apelah nak dikata,
hanya doa yg mampu menjadi senjata..."

h@rne2 said...

salam kepada pemerhati jauh,

kerja yang saya lakukan untuk forum itu hanyalah suatu usaha kecil untuk memberi panduan kepada mereka. saya boleh bertindak tegas mengatakan haram hukumnya berhubungan dengan lelaki dan perempuan. Namun saya melihat latar belakang crowd. mereka itu ibarat sahabat-sahabat dan adik adik saya sendiri. justeru saya mengatakan sesuatu yang praktikal,mengambil aproach yang lebih sesuai dengan keadaan ketika itu.

adakah hanya kerana saya mengatakan boleh bercinta itu menjadi tiket untuk mereka melakukan apa sahaja? saya turut menggariskan panduan-panduan pergaulan antara lelaki dan perempuan, supaya segalanya terjaga dalam lingkungan syariat. apakah perkara ini dilupakan begitu sahaja?

saya yakin kita semua punya akal yang waras untuk membezakan mana yang baik mana yang buruk. dan kita juga punya pertimbangan yang baik sebelum mengambil keputusan mengambil kata-kata secara melulu tanpa usul periksa. sebuah forum tidak mampu mengubah tabiat yang sudah terbiasa sejak sekian lama. ia hanyalah satu usaha yang kecil untuk menyedarkan bahawa menjaga syariat itu lebih penting daripada sekadar menjaga hubungan cinta.

saya mohon maaf andainya menganjurkan forum itu merupakan satu kesilapan yang mengakibatkan masalah seperti hari ini berlaku. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa saya yang terlalu banyak ini...

Anonymous said...

Dear Napie,

I read ur entry. and hey, i understand what ur trying to say. the hardest thing to do is to try and knock some sense into friends, even harder, close friends. well, i'm a firm believer in the saying that all of us have been taught well by our parents, and now that we are all adults, it is time for us to put all those preachings into practise. But some of us (me included, aku ni lagi la sengal+tak baik), may need a few reminders along the way. and a reminder from a friend, no matter how hurtful and ego busting it will be, is a lot better compared to the same thing coming from an utter stranger. thts my 2 cents :D

h@rne2 said...

alia,

ur 2cents seems like 20 nzd to me...hehe.. well, i have edited and cut off some of the paragraphs, coz i thought they were a bit harsh, n plus i made it out of anger...so please forgive me..

i am sorry if anything i said might hurt anyone who read...i am not more than an ordinary man...but when it comes into something that crossed the religious border, its hard for me to tolerate, even to the closest friend..because I'm afraid of HIM, more than them...

btw, thanx for dropping some words..really appreciate it!

azi razak said...

salam'alaikum...

terpanggil utk turut memberi komen di sini...

saya ingin nyatakan persetujuan dgn akh hanafee bhw kita menasihati org2 sekeliling dgn cara yg praktikal... or dlm erti kata lain, secara HIKMAH!

keadaan skrg bukanlah spt dulu... anak2 senang utk ditegur ibu bapa dan menurut kata.. tetapi remaja generasi skrg amat 'advanced' pemikiran mereka... mereka bukan lg generasi dahulu yg menurut kata... faham dgn hanya sekali teguran.. tetapi kbykan belia skrg keras kepala dan melakukan sesuatu yg diingini oleh hati mereka... walaupun maybe satu ketika dahulu kita pernah belajar bhw perkara itu ini halal dan haram... tetapi dgn kemajuan teknologi skrg buatkan kita cepat 'lupa' dgn perkara2 yg dipelajari... hati dan nasfu lebih tertarik nak ikut kata syaitan ataupun mengikut trend barat, spt yg disiarkan di tv or nowadays, lg advance - internet...

kerana itu cara yg penuh hikmah diperlukan utk mengajak shbt2 kembali kpd syariat... tak semestinya ketika pertama kali tegur, kita terus memberikan dalil2itu ini, sehinggakan mereka tak nak dgr or dekat dgn kita lg... tetapi kita boleh gunakan cara yg berperingkat... things will get easier klu target group dah kenal or percaya dgn kita...

dan sy jg bersetuju ngan cara akh, drp berforum dan menasihati dgn hikmah kerana berpandukan latar belakang crowd, then menegur secara lembut...dan menegur secara 'mengejut'... dan byk lg cara2 hikmah yg dpt dipraktikkan.. kdg2, setiap individu tu, lain caranya utk kita tegur dan nasihati..

mmg x dinafikan, dlm mslh couple ini, bukan senang nk mengajak org2 sekeliling kita kembali mengikut cara, batas2 pergaulan yg dibenarkan syariat.. lg2, couple skrg dah jadi satu trend... diri rasa terancam klu dah umur sekian2, tetapi belum ada gf/bf...

tetapi camne pun, sbg hamba Allah dan khalifahNya di muka bumi ini, kita kena terus berusaha utk tegakkan 'amar ma'ruf nahi mungkar'

insyaAllah,sesusah mana utk kita tegur shbt2 kita yg terjebak dgn masalah couple ini, tetap tetapla berusaha... spt kata saudara/i anonymous, terus berdoa dan jgn putus asa... :D

ana x pasti camne suasana di NZ, tetapi sbnrnya akh, malaysia pun keadaannya sama mencabar... mslh coupling amat2 berleluasa... pg ajela mana2... pasti jumpa psngan yg bermadu kasih.. :(

keadaan nih sbnrnya lg lah membuatkan lg susah utk menegur shbt2 or sesape aje... spt masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.. rs bersalah kejap aje, sbb bila tgk kiri kanan org2 lain 'syok' bercouple, mereka terus lupakan nasihat2 kita...

pepun, moga tetap tabah dan sabar dlm menghadapi jalan dakwah ini!

Shairah said...

aisey, asal napie edit entry ni? suke entry yg original tu...lebeh menusuk kalbu hehe =P

h@rne2 said...

salam

azi: terima kasih kerana cuba memahami kronologi dakwah yang disampaikan...saya telah berfikir dahulu sebelum menulis entri ini...

bermula dengan cara yang lembut, sedikit demi sedikit nasihat disampaikan dengan aproach yang mudah. namun nampak gayanya tidak mendatangkan hasil, lantaran itulah sekali sekala 'kejutan' itu perlu untuk menyedarkan mereka yang sedang nyenyak dibuai mimpi, ibarat mereka yang sedang dalam lena tidur cuba untuk dikejutkan bersolat subuh.

kalau kita menganggap hikmah itu sekadar berdakwah dgn cara yang lembut, nasihat saya cuba perbanyakkan meneliti sirah nabi. Baginda seorang yang sangat lemah lembut, tetapi apabila berhadapan dengan orang yang terang-terangan ingkar, setelah diberi peringatan berulang kali, baginda bersikap tegas kepada mereka. Dakwah berhikmah adalah berteraskan akal pertimbangan. Dan tiada siapa pun antara kita yang sempurna akalnya melainkan baginda S.A.W. Maka sebaiknya contohilah dakwah baginda yang suci itu..

Perihal anak-anak muda keseluruhannya mungkin memerlukan tindakan daripada mereka yang punya kuasa dan autoriti (itu pun jika mereka mengambil cakna hal ini), namun saya sekadar bertinda within my circle of concern and influence...moga ada kebaikan yang kita perolehi...

h@rne2 said...

salam che ah

hm aku edit entry ni sebab aku rs yg original tu aku tulis out of anger. I dont want to be cynical, coz i know people will reject it even more, thus defeat the purpose of posting this topic.sekarang ni da reda cket. sapa yg sempat baca entry original tu, kira rezeki masing-masing la...:)

NuR^QaLBi said...

"Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia...

Siapalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa..

..Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa

Di batasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian..."

Salam'alaik...minta maaf tumpang lalu...bila baca entry nie, seakan terngiang-ngiang cebisan bait-bait nasyid 'Kalimah Cinta'...sekadar perkongsian buat hati-hati yang ingin menghayati...

to Napie..truskan usaha..biar ribuan onak yang menghalang...inshaALLAH masih ada sahabat-sahabat yang menyokong dibelakang...innALLAHa ma'ana...;)

Humayra' said...

salam..
sy dapat faham perasaan ni..
sbb ramai jugak kawan sniri, yg dulu kita kagum, yg dulu amat qawi dgn Islam, masuk ipt je 'lost'... ni bukan yg ke oversea, yg di msia pun sama je.. dugaan tu ada di mana mana..

sedih mmg sedih, marah pun ada.. tapi skrg ni mampu bdoa je.. agar mrk kembali sedar dgn hakikat diri, life is not all bout 'cinta pd si dia'..

teruskan bda'wah.. jgn brputus asa. may Allah help u