Sunday, June 22, 2008

Bilakah saatnya paling manis bercinta?

Jawapannya:

Bila sudah diijabkabulkan.

Kenapa?

Kerana bercinta di kala itu mengundang pahala, pencinta tidak perlu risau akan dosa kerana hubungan antara dua manusia itu sudah halal jadinya. Berbanding sebelumnya, walau 1001 kali setiap saat pencinta menyatakan bahawa cintanya suci, hakikatnya..hakikat yang tidak dapat dinafikannya, cinta di kala itu jika salah langkahnya mengundang dosa. Apakah sesuatu yang suci itu harus disulami dengan dosa?

Pencinta perlu ingat, sebelum ada ikatan yang sah, 1001 kemungkinan pencinta mungkin mengambil kesempatan terhadap sesama pencinta. Pencinta kemungkinan mencemari sesama pencinta lantaran tiada ikatan pertanggungjawaban yang nyata di kala itu. Habis madu sepah dibuang. Habis dipegang parut ditinggalkan.

Berbanding pencinta yang mempunyai ikatan pertanggujawaban yang sah, jika luka diubati sembuh, jika retak ditunggu teguh, jika murung sama-sama diharung, jika beban sama-sama ditanggung. Alangkah manisnya cinta di kala itu.

Pencinta perlu ingat, pencinta bergelar lelaki mungkin suka mengambil kesempatan tetapi mungkinkah mereka sanggup bertemankan hidup pencinta wanita yang pernah diambil kesempatan pencinta lelaki lain? Fikirkan….bukan salah berkawan tetapi jadikanlah agama sebagai panduan…..kerana agamalah kita dipanggil insan, sedang makhluk yang tidak berpandukan agama biasanya dikaitkan dengan haiwan.

Ambilah nasihat ini bukan atas dasar ianya datang dari seorang lelaki tetapi atas dasar datang dari seorang yang juga mempunyai ibu, kakak, adik, dan paling penting kerana datang dari sesama Islam.


Sekali lagi pertanyaan…….bilakah saatnya paling manis bercinta?….tepuk dada tanyalah iman.

Wallahu’alam.

8 comments:

cassiorine said...

Assalamualaikum.

Tadi saya sempat berbual2 dengan Bibi. Entah macam mana, kami sempat bercerita tentang pengalaman dia. Menurut dia, sebelum dia n zayid kahwen. Macam2 benda yg tak kena. Dompet Bibi kena curik. Dompet Zayid hilang. Mak zayid tak suka bibi. Senang cerita, mmg banyak benda negatif yg berlaku. Tapi lepas diorang kahwin, semua nya okay Alhamdulillah.

Just sebagai satu perkongsian. =)

aimi_firha said...

salam....
teruskan usaha anda....

h@rne2 said...

cassiorine: hmm kahwin tu bukankah ibarat menyempurnakan agama...sunnah nabi yang paling utama untuk diikuti.
Bak kata ibu saya, kahwin saja, selesai masalah...hehe

. . . said...

saat paling manis bercinta time single kot, sbb tu aku stay single lg. lol...

Anonymous said...

lame tak jenguk blog awk,rupe2 masih stagnant tang topik ni gak..hehe..(juz a piece of mind),tak semestinya lepas kahwen selesain masalah..

nurul falah said...

saat paling manis bercinta? topik menarik.. diri yang sering dilanda kesepian akn terubat sepi dengan mendekatiNya.. Bercintalah denganNya InsyaAllah DIA akan menggerakkan hati hambaNya untuk mencintai kita..

harne2 said...

anonymous: its ok to remain anonymous...nabi xckp kahwin tu sbg penyelesai masalah, tp sebagai pelengkap kpd kesempurnaan agama, dan sebagai satu sunnah yg besar...timbul masalah atau tidak, bergantung kpd bgmana kita mengendalikan institusi itu..perlu ada iman, ilmu dan tanggung jawab...paling penting, kasih sayang...

nurul falah: topik ini relatif...terpulang kpd interpretasi masing2...ala kulli hal, cinta kpd Allah perlu disuburkan setiap masa, mengungguli semua jenis cinta yang lain...

Anonymous said...

sy nk meminang awk blh?kita brcinta lps kawin..

p/s: serius