Wednesday, October 22, 2008

Delusi Ummi

Kala ini, saya sering mendengar lagu ini berulangkali...melankoli benar alunan iramanya...membuat hati sering teringat pada bonda yang jauh di mata...selamat membuat persiapan untuk menyambut peperiksaan buat semua..

Delusi Ummi


Delusi Ummi.wma - NICE


Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
http://liriknasyid.com


Kau sentuh cahaya dengan jemari mu
Dibalik tabir mimpi di raungan merindu
Mengimbas figura di kesumba senja
Tak siapa mendengar ratap hati bonda
Di hadap ranumnya kasih yang manis bermadu
Mengapa kau hanya mengunyah pahit hempedu

Ummi engkau berdelusi
Impian ilusi
Mimpi jadi ngeri mengusik dinihari
Ummi engkau kehampaan
Dambaan igauan janji hanya mainan
Gurauan di bibir kau kutip jadi sandaran

Keperitan itu teman mu yang sejati
Di hujungnya bahgia menanti
Bersama harapan dan pengorbanan diri
Terus berbakti

Resahmu sembunyi dalam riuh ketawa
Sebak dada tidak ketara
Tenangnya wajah tabah kau hadapi
Kerana kau yakin Tuhan lebih mengasihi

Ummi…

6 comments:

Ummu Kulthum Jamaludin said...

huhuhu...sedey....ibuku jauh....ampuni dosa anakmu ini wahai ibuku...

shah2873 said...

Salamun 'alaikum

Dicadangkan untuk mengoptimumkan kesan lagu ini, untuk menonton cerekarama Ihsan. Boleh cari di youtube...

Fokuskan kepada watak Zamri

h@rne2 said...

ummu: InshaAllah ibu anda pasti memaafkan semua dosa anak-anaknya...

shah: hm aku sudah pun menontonnya..hehe..mmg sedih la citer tu..

nurul falah said...

hmm nurulfalah belajar dlm negeri sendiri pun x sempat pulang ke kg kerana kesibukan kerja n tugasan.. rindu ummi

suliana said...

sayu dengar....dapatkah kita membahagiakan ibu sepertimana ibu membahagiakan kita...semoga Allah memberikan kita waktu dan kesempatan untuk membahagiakan seorang insan yg amat dikasihi dan disayangi..Ya Allah bantu kami untuk menjadi anak yg soleh dan solehah supaya kami dapat mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa kami..aminn..

RdhanZ said...

Gemersik suara menemaniku yang insomnia... :-)